Ahad, 11 Oktober 2015

Gambar-gambar kolam dan kawasan

Tempat penternakan ikan mempunyai 18 petak kolam. Terbahagi kepada 3 bahagian, setiap bahagian mempunyai 6 kolam.

1 kolam adalah berukuran 20 kaki panjang x 10 kaki lebar x 2.5 kaki tinggi. Untuk 1 kolam ini mampu untuk menampung 3,000 - 4,000 anak ikan bergantung kepada saiz.

Tempat ini juga mampu untuk membela sehingga 40,000 - 50,000 anak ikan pada satu masa. Namun, pada permulaan awal, kami akan membuat secara beransur-ansur supaya cycle untuk tuaian ikan akan berterusan tanpa henti.










Perigi yang baru digali untuk menambahkan sumber air

Perigi sediaada



Ahad, 20 September 2015

Syarikat ditubuhkan

Syarikat telah berjaya didaftarkan di SSM pada 19 Ogos 2015. Tujuan syarikat didaftarkan supaya memudahkan untuk membuat sebarang permohonan geran dan juga pinjaman. Kami amat serius dalam menjalankan bisnes ternakan ikan kolam ini di mana permintaan ikan-ikan amatlah tinggi dan berharap bisnes ini akan berkembang maju di masa akan datang.

Sijil Perakuan Pendaftaran SSM

Ahad, 2 Ogos 2015

Selamat datang

Kami ingin mengucapkan selamat datang ke website Ladang Ternakan Ikan Habib. Di sini, kami akan mengemaskini perjalanan bisness kami sepanjang penternakan ikan kolam dan juga akan berkongsi tips tentang menjalankan bisnes ini.

Doakan kami berjaya di masa akan datang dan seterusnya mengembangkan bisnes ini. Amin.